Post Info TOPIC: Penampilan yang sesuai didalam dan diluar mimbar
eagle

Date:
Penampilan yang sesuai didalam dan diluar mimbar
Permalink   


Hi guys!
Beri pandangan anda ttg penampilan yg sesuai semasa melayani di mimbar dalam pujian dan ppenyembahan atau konsert dan penampilan sehari-hari spt rambut, fashion pakaian, gaya perbualan dan dll.

__________________
Sylveon

Date:
Permalink   

Shallom Eagle...


Nampaknya tidak ramai orang yang komen topik ni..


Di church saya, SIB Kajang, penampilan semasa melayani digalakkan berpakaian kemas, kemeja..neck tie, slack untuk lelaki.. dan pakaian sopan untuk perempuan... Untuk melayani, sia fikir memang perlu berpakaian sopan.. Kalau kita sambut Perdana Menteri atau Ketua Menteri pun kita akan berpakaian kemas.. inikan pula jumpa Tuhan yang adalah Raja segala raja!


Dari segi rambut pula.. ada yang berpendapat bahawa kalau boleh janganlah penampilan yang provokatif.. seperti mewarna rambut dan gaya rambut yang "agak lain".. ada pula yang mungkin tidak setuju dengan pendapat ini.. Tapi saya petik kata kata rasul Paulus.. segala sesuatu diperbolehkan, tapi bukan semua itu berguna. Hati nurani yang diilhamkan Roh Kudus pasti memberitahu anak-anak Tuhan tentang apa yang patut dan tidak.. cadangan saya, semasa melayani dengan penampilan kita, tanyalah Roh Kudus adakah Dia setuju dengan penampilan itu?


Kalau ada yang menganggap penampilan kurang penting.. mungkin perlu baca kitab Keluaran,Ulangan atau Imamat.. dalam kitab ini, Tuhan menerangkan secara terperinci bagaimana seharusnya baju imama itu dibuat.. bukan juga cincai-cincai! jadi Tuhan sangat mengambil kira penampilan.. Kalau sudah bukan di atas mimbar.. penampilan pun harus dijaga juga.. sebab kita adalah terang dunia! .. hmm itu saja tuk kali ni.. Tuhan berkati semua..



 



__________________
gidong

Date:
Permalink   

shalom eagle n Slyveon,

Thanks atas posting anda yang memberkati Sly, mengenai hal ini (penampilan) PASTI akan mengundang dan tak ada hentinya menimbulkan KONTROVERSI apalagi dikalangan Orang-Orang KRISTEN sepertimana yang anda (Slyveon) jelaskan.

Memang dimana-mana kalau itu melibatkan pelayanan MIMBAR atau kebaktian UMUM (spt hari ahad di sabah, setahu saya disana kebaktian diadakan pd hari jumaat) semua pelayan mimbar samada MC, Worship Leader, Pengkothbah bahkan jemaat yang hadir digalakkan memakai pakaian yang KEMAS. Bagi saya itu MEMANG baik kalau dilakukan dengan KASIH dan bukan kerana TERPAKSA, kerana KEBIASAAN, kerana HUKUM, kerana ADAT. Sebab hubungan kita dengan Tuhan bukan sekadar pada penampilan kita TETAPI berbicara ADAKAH SUDAH CUKUP CANTIK HATI DAN JIWA KITA DIHADAPAN TUHAN. Ini bukan bermakna kita digalakkan BEBAS sendiri tanpa mematuhi peraturan yg gereja tetapkan tetapi sekadar mengambil kira dari PRESEPSI UMUM bagaimana pakaian itu berhubungkait dengan kehidupan harian kita. Sudah banyak kali kita mendengar kata2 seperti ini "HATI LEBIH PENTING" ... so bagaimana dengan anda ? apa yg lebih utama PENAMPILAN LUARAN atau DALAMAN (HATI)... tepuk dada tanya sendiri ... Namun dalam itu kita juga harus lihat keadaan sekeliling kita samaada penampilan itu sesuai dgn keadaan dimana kita berada !!!

Namun ingin saya jelaskan juga bahawa jangan sampai kerana penampilan orang lain kita "JATUH" dan jangan sampai kerana mementingkan penampilan, kita dtg ke gereja hanya utk melihat kelemahan org lain (dr segi penampilan) dan menghakimi mereka jauh sekali mencari hadirat TUHAN. Kalau kerna penampilan sahaja kita "jatuh", saya ragu-ragu sebagai orang yg telah lahir baru, DASAR pertobatan apa yang kita miliki dan PEMAHAMAN apa yang kita pegang tentang HIDUP KUDUS kalau hanya penampilan org sahaja kita mudah JATUH. Mungkin ini juga melibatkan "ketidaksukaan" dan "keprejudisan" kita dengan fesyen yg org lain pakai. INGAT KASIH TUHAN tidak melihat pada rupa sehingga "ORANG GILA YANG TINGGAL DITANAH PERKUBURAN DENGAN PENAMPILAN TARAF TERENDAH BAGI MANUSIA DI DAERAH GERESA" juga amat BERNILAI bagi TUHAN dan YESUS sanggup datang ke daerah gerasa bukan utk mereka yang cantik dan lawa tetapi kerana JIWA ORG GILA TERSEBUT (baca kisahnya dlm alkitab ya)... Sekali lagi ini bukan bererti kita BEBAS dlm berpenampilan ke gereja NAMUM jangan sampai kita MENGUTAMAKAN penampilan dari JIWA org lain. kalau dengan penampilan rock atau metal seseorang itu boleh diselamatkan KENAPA anda tidak menggunakannya sebab saya percaya diluar sana masih banyak yg belum menerima keselamatan kerana DIBATASI oleh tegasnya dan kuatnya pegangan kita terhadap PENAMPILAN seseorang, so yang akhirnya menjadi batu sandungan adalah KITA SENDIRI..... fikirkan dengan tenang mengenai hal ini ...

Beralih ke pakaian konsert, ok namanya juga KONSERT so takkan kita nak pakai tie, kemeja dan sebagainya oiii, bagi saya kalau konsert para pelayan mimbar (penyanyi dan pemusik) BEBAS mengenakan apa yg ingin mereka pakai sesuai dengan KONSEP KONSERT tersebut TETAPI masih dalam batas KESOPANAN dan TATA SUSILA manusia. So kalau konsert metal rohani takkan nak pakai jubah lak ??? ahhahahhah takut nanti komen penonton lebih teruk dari yg sebelumnya hahahha.. kalau konsep rock pakailah pakain ROCK, kalau konsep POP pakailah pakaian yg sesuai dgn konsep POP dan begitu juga sebaliknya....
__________________________________________________

Slyveon : Untuk melayani, sia fikir memang perlu berpakaian sopan.. Kalau kita sambut Perdana Menteri atau Ketua Menteri pun kita akan berpakaian kemas.. inikan pula jumpa Tuhan yang adalah Raja segala raja!
__________________________________________________

Saya quote sedikit kata-kata dari Slyveon diatas, hmmm KENAPA SAMAKAN TUHAN dengan perdana menteri ??? Perdana Menteri juga orang biasa tetapi TUHAN luar biasa, perbezaannya amat BESAR, mungkin kita menghormati Perdana Menteri dgn pakaian yg KEMAS tetapi Perdana Menteri tidak dapat melihat ISI KANDUNGAN HATI KITA, mungkin kita memakainya hanya kerana mau minta zink, peruntukan dan sebagainya hahahaha lucunya main politik ni kan ... tetapi TUHAN tidak melihat pada pakaian kita tetapi pada HATI NURANI kita, kalau Tuhan tidak melihat hati nurani manusia, IA tidak akan mengatakan kepada Jemaat diperjanjian baru yang PERSEMBAHAN JANDA MISKIN itu lebih besar nilainya dari persembahan PARA ORANG KAYA ketika itu... so mungkin kita tidak seharusnya mempersamakan TUHAN dengan manusia biasa walaupun ia PERDANA MENTERI ....
__________________________________________________
Slyveon :Kalau ada yang menganggap penampilan kurang penting.. mungkin perlu baca kitab Keluaran,Ulangan atau Imamat.. dalam kitab ini, Tuhan menerangkan secara terperinci bagaimana seharusnya baju imama itu dibuat.. bukan juga cincai-cincai! jadi Tuhan sangat mengambil kira penampilan.. Kalau sudah bukan di atas mimbar.. penampilan pun harus dijaga juga.. sebab kita adalah terang dunia! .. hmm itu saja tuk kali ni.. Tuhan berkati semua..
__________________________________________________
saya quote lagi kata2 dr slyveon diatas, Saya percaya tiada MANUSIA yang menganggap pakaian itu kurang penting dan cincai-cincai seperti yang Slyveon katakan, Tetapi sebenarnya apa yng berlaku adalah bagi kita KEMAS itu paling baik tetapi mungkin bagi orang lain Pakaian pilihan merekalah yang paling KEMAS walaupun bagi pandangan kita mereka selekeh, Nah ini berkenaan dengan FESYEN pilihan masing2. Mungkin kemeja kemas bagi anda tetapi disebelah pihak lain t-shirt lebih kemas dan sebaliknya....

Hmmm panjang sudah ni Slyveon , ok lah Saya RUMUSKAN seperti yang berikut ... PAKAIAN memang PENTING tetapi HATI lebih PENTING dari itu dan INGAT HAL KERAJAAN SORGA BUKAN HAL PAKAIAN DAN MAKANAN TETAPI MENGENAI DAMAI SEJAHTERAH DAN KASIH ANUGERAH TUHAN.... jangan sampai kita tdk mau memberita kan khabar BAIK kepada org lain hanya kerana PAKAIAN mereka tidak kita sukai...

Ya saya setuju dengan kata2 anda "TANYALAH ROH KUDUS ADAKAH DIA SETUJU DENGAN PENAMPILAN KITA ITU"

Thanks ...





__________________
Bob

Date:
Permalink   

Percayakah kita kalau dikatakan bahawa orang yang matang rohani adalah orang yang sangat susah untuk tersandung? Sangat susah kerana dia dikuasai oleh Roh yg panjang sabar dan sentiasa mau menjangkau dan tidak berputus asa.
Pakaian dan penampilan sepatutnya "genuine". Maksudnya kita tahu siapa kita sebenarnya, menerima keberadaan kita sebagaimana menurut iman yg Tuhan berikan.
Bayangkan seseorang yg memakai pakaian eksekutif korporat sedang bertugas di pejabatnya dan seorang penjaja di tepi jalan berpakaian comot sedang mencari nafkah hidup untuk menyara 6 orang anak termasuk isterinya. Dalam situasi ini apakah soal pakaian atau penampilan masih terlalu penting? Pasti tidak. Kedua2 senario itu akan dipandang normal. Mereka berpakaian apa yg praktikal bagi fungsi mereka. Bayangkan kedua-duanya bertemu di Gereja, apa pakaian yg sesuai? Berhak kah si eksekutif untuk menghendaki si penjaja untuk memakai ikut standardnya? (Kalau dia bayar okay lah. He,he,he...) Dan si penjaja pula berhak kah dia menghalang si eksekutif dari memakai pakaian canggihnya? Tidak patut juga kerna semua pakaian dalam almarinya high class. So mana penyelesaiannya? Pasti mereka kena juga saling menerima seadanya tanpa prejudis dan menolong sesama dalam setiap kesempatan. Kalau tidak apalah erti kekristenan itu.
Untuk lebih lanjut cuba kita bertanya pada diri kita apakah sebenarnya yg ingin kita capai dengan berpakaian sedemikian rupa?
1)Ingin supaya tidak kelihatan "out of place"?
2)Ingin kelihatan normal?
3)Ingin kelihatan up-to-date?
4)Tidak mau menjadi kontroversi?
5)Mau menunjukan bahawa anda seorang yg mengutamakan kebersihan?
6)Mau menunjukan bahawa anda seorang yg patuh kepada peraturan?
7)Menunjukan anda seorang yg berpendirian tegas dan tidak memperdulikan orang lain?
8)It is just for fun. No big deal.
9)Mau membawa perubahan dan membuka minda orang lain?
10)Tidak mau kelihatan "Kuno"?

Semua alasan-alasan di atas memang "Valid" dan sering dipakai dalam perdebatan2 yg hanya bikin muka merah tapi bukan membuatkan terjadi kelepasan dari belenggu2 dosa tabiat2 buruk.

So macamana membawa perubahan? Berbincang, berdialog dan berdoalah. Ajukanlah cadangan2 kreatif. Hargailah pandangan orang lain. Elakkan amarah yg meluap-luap. Elakkan sakit hati yg berpanjangan. Jangan putus asa. Ingatlah prinsip-prinsip Alkitab secara menyeluruh. Jangan ingat satu, dua ayat saja sehingga itulah yg mengatur segala pendirian dan pandangan kita. Bottomline ialah kasih. Ingat 1 Korintus 13. Apa pun pencapaian atau kehebatan menurut pandangan sendiri atau pujian orang kalau bukan berdasarkan kasih tiada juga ertinya. No real value.
Jadi berpakaianlah sesuai pada waktunya. Kalau ada yg tersilap waktu jangan pula rosak mood dan merajuk. Bincang lagi. Tegur lagi. Ampuni lagi. Pujuk lagi. Berkawan lagi. Bertumbuh sama-sama dalam Tuhan.
Alright geng.
GBU.


__________________
Lys

Date:
RE: Penampilan yang sesuai didalam dan diluar mimb
Permalink   


Shalom,
saya diberkati dengan penjelasan dan hujah2 oleh saudara Sylveon dan Bob.Saya percaya,sebagai anak Tuhan yang semakin meningkat dewasa di dalam kerohaniannya,bijak membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

saya juga setuju,bahawa Tuhan melihat hati lebih, dari cara kita berpakaian.Sebab Tuhan tidak meletakkan syarat untuk mengasihi kita daripada cara kita berpakaian.

Contoh yang saudara Sylveon berikan tentang Perdana Menteri dengan Tuhan,hanyalah sebagai contoh yang cukup sederhana bagi kita,manusia,untuk mengerti bagaimana untuk menghormati dan mengasihi pemimpin kita di dunia ini.Apalagi menghormati dan mengasihi Tuhan yang merupakan Tuhan,Raja dan pemerintah dunia dan sorga.

Anak-anak Tuhan mempunyai macam2 perangai.Ada yang mengasihi Tuhan dengan caranya tersendiri.Saya berikan contoh untuk renungan kita bersama.

Ada seorang anak yang berusia 6 tahun.Dia suka melukis.Pada suatu hari,guru di sekolah tadikanya meminta murid2 untuk melukis gambar seseorang yang sangat mereka kashi.Lalu anak ini,mula melukis potret bapanya.Lukisan anak kecil yang berusia 6 tahun,kita sedia maklum bahwa ia tidaklah sempurna bagi kita orang dewasa.

Saat anak ini sampai ke rumah,dia cepat-cepat mendapatkan bapanya dan terus merangkul bapanya dengan perasaan yang tidak sabar untuk menunjukkan potret yang dilukis olehnya siang tadi.

Bapa ini melihat potretnya dilukis.Hidungnya dilukis senget,matanya tidak sempurna dan secara keseluruhan,memang itu potretnya namun tidaklah secantik mana.

Namun,bapa ini tersenyum dan melihat anaknya yang penuh sukacita menunjukkan potret tersebut kepada bapanya.Di belakang potret itu tertulis,"Bapa yang sangat saya sayangi".Bapa ini begitu terharu lalu mengatakan pada anaknya "Syabas,lukisanmu cantik sekali anakku".

Apa yang boleh kita pelajari ialah sebagai manusia,sekiranya kita mengasihi Bapa di sorga,kita pasti mahu dan rindu untuk menyatakan kasih kita kepada Bapa di sorga..melalui cara kita.Ada di antara anak2 Tuhan yang datang kepadaNya dengan berpakaian kemas.Ada juga yang datang dengan pakaian yang tidak formal.Ada yang datang dengan keberadaannya sendiri(tidak ada pakaian yang khusus untuk menemui Tuhan namun memiliki pakaian yang seadanya dan yang terbaik yang ada dia miliki saat menghadap Tuhan).

Siapakah yang dapat menilai hati mereka?Hanya Bapa di sorga mengenal hati manusia yang datang dengan segenap kasih dan cintanya kepada Tuhan.Terpulanglah kepada kita,untuk menggunakan hikmat dari Tuhan dalam berpakaian.Pakailah pakaian yang sesuai pada waktu2 yang sesuai.

Saudara Bob mengatakan,anak2 Tuhan yang dewasa dalam kerohaniannya sangat susah untuk tersandung.Benar dan saya percaya,anak2 Tuhan yang dewasa kerohaniannya,tahu membedakan yang baik dan yang buruk.

Sekiranya kita mengerti kasih Tuhan kepada kita,kita pasti ingin memberikan yang terbaik bagi Dia.Terbaik dari segi pemakaian tidak semestinya yang mahal2.Yang pasti,kemas dan memuliakan Dia.Baik dalam pergaulan,pemakaian dan sebagainya.Bijak memakai pakaian yang sesuai berhiaskan kesaksian yang hidup,bukan hanya kata2 tetapi cara hidup kita sehingga memberkati mereka yang belum mengenal Tuhan dan yang sudah mengenal Tuhan.

Saya bukanlah bijak pandai untuk mengatakan semua ini.Saya percaya,Roh Kudus yang Tuhan berikan di hati kita adalah sama dan Ia akan terus memberikan kita hikmat tentang hal ini.

Sebaik-baiknya janganlah mempersoalkan atau menghakimi cara anak2 Tuhan yang lain berpakaian.Kerana kita tahu dan mengerti bahawa Tuhan mengasihi kita,seadanya kita.Tubuh yang fana ini,kita baluti dengan pakaian agar tidak sampai menjolok mata orang(especially pemakaian kaum wanita),dan kita pakai karunia yang Tuhan berikan,masing-masing,unik,bagi memenangkan jiwa2.

Kita tanya kepada diri kita sendiri,berapa banyak jiwa yang telah kita menangkan bagi Tuhan dalam pelayanan kita?

Jangan lupa amanat Agung Tuhan kita.Musik dan penyembahan yang hebat memang baik dan saya percaya kita mau berikan yang terbaik bagi Tuhan..tetapi kita ingat bersama,apa yang telah Tuhan Yesus katakan dalam Yohanes 4:23

"Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahwa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian."

Pelayanan puji dan sembah membawa kita mnyatakan pujian,kesyukuran dan penyembahan kita kepada Tuhan...tetapi ingatlah,Lucifer telah jatuh dalam dosa kerana keangkuhannya.Oleh itu,kita harus berjaga-jaga dan berdoa.Jangan sampai kita sombong rohani kerana talenta dalam pelayanan puji dan sembah..

Apa yang paling penting,kita tujukan mata rohani kita kepada Tuhan.Apapun kita lakukan,adalah untuk TUhan.Kerendahan hati dan mengasihi Tuhan dengan segenap hatimu..Menangkan jiwa2 buat Tuhan..

Soalan terakhir bagi kita dan juga saya sebagai dorongan dan 'kebangunan rohani peribadi kita' setiap hari.Tidak perlu jawab di forum ini..jawab dihatimu..bicaralah dengan Tuhan kita..Dia menantikan kita..

Bilakah kali terakhir anda membaca Firman Tuhan dan berdoa(selain doa makan dan doa tidur)?

Yesuslah Tuhan selamanya..

__________________
dasHlet

Date:
RE: Penampilan yang sesuai didalam dan diluar mimbar
Permalink   


heloo semua,

Saya setuju dengan anda semua, Slyveon, Bob, gidong dan Lys, YANG PENTING HATI DAN MENGASIHI BUKAN PENAMPILAN ..... TRIMA KASIH SEMUA.

__________________
eagle

Date:
Permalink   

Sekiranya Yesus postpone lawatan pertamaNya 2000 th yg lalu ke December 2003 di Kota Kinabalu, bagaimana kira-kira fashionNya? Masih seperti dulu, rambut panjang macam rokers? baju ala padang pasir? janggut macam Osama bin Ladin? (Hi hi hi) atau smart macam lawyer di court dgn tie, kot dan all black and white? Rambut macam sting atau Rod Stewart atau standard ' keluar telinga'? Dulu Dia berpakaian seadanya dan sestandard dgn masyarakat biasa supaya senang bergaul dengan masyarakat majoriti dan juga kerana Dia memang dari keluarga miskin. Saya setuju dgn point Gidong dimana Yesus juga terima org dari Gerasa walaupun pakaiannya yg tidak sopan.


Saya juga setuju dengan sylveon utk kita smart bila melayani raja segala raja. Tapi tak pernah pula saya  terpikir bahawa pakaian akan menjadi syarat utk blh atau tdk utk melayani Tuhan dlm gereja atau konsert! Perdana menteripun akan diberi baju kontrektor, kasut heavyduty sarung tangan dan topi keselamatan kalau dia merasmikan projek atau merasmikan pecah tanah! Kalau Tuhan blh menerima org gerasa ini kenapa pula dengan org yg berpakaian sebaliknya! Saya percaya Yesus akan berpakaian seperti stail masyarakat yg mau di jangkauNya.  


Dalam 3++ th Yesus menghabiskan kebykan masanya  melayani di luar bait Allah. Dan tidak ada bukti sejarah dan tulisan yg mengatakan bahawa Yesus mengenakan pakaian seperti yg di tulis dalam Kitab Keluaran dan Imamat.


Saya berpendapat ada beberapa perkara yg kita harus patuhi bulat-bulat tanpa ragu-ragu dan ada sesetengah perkara kita kena gunakan hikmat yg Tuhan kurniakan kepada kita. Jgn salah anggap maksud saya! saya bukan berpendapat mengajar untuk tdk ikut perintah Tuhan.


Seperti yg Gidong katakan bukan luaran yg dilihat tapi didalam hati. Semua orang eskimo akan keheranan dan ketawa terbahak-bahak kalau kita berpakaian seperti biasa sedangkan kita di kutub utara walaupun tujuan kita adalah baik. Begitu juga dgn sebaliknya. Kalau kita mau menjangkau anak2 jalananp pulapasti kita akan mendapat tentangan yg dasyat kalau kita dtg kpd mereka dgn full dress(kot dan tie) Hikmat....     


Bagaimanapun kalau ada idea yg lebih best mari terus berforum....... 



__________________
Bob

Date:
Permalink   

Hello semua,

Ada baiknya juga kalau komen2 tambahan dapat diberi untuk dapat "really hit the target" dalam memperjelaskan isihati dalam forum ini.
Perkataan "sensitif" itu mempunyai makna yg berbeza mengikut konteksnya. Secara positifnya "sensitif" boleh bermaksud mempunyai kepekaan terhadap sesuatu situasi dan dapat bertindak untuk membawa kesedaran, pengertian, pembetulan dan pemulihan. Sementara negatifnya pula ialah suatu sifat di mana perasaan seseorang itu begitu mudah terganggu sehingga muncul reaksi "defensive", mulai tertutup, mengundur diri(withdrawal), sindiran(sarcasm) dan marah2(retaliation). Sensitif dalam konteks ini tidak membawa kepada hal2 yg positif seperti dalam konteks yg pertama. Perkataan "tersandung" yg saya gunakan sebelumnya lebih merujuk kepada konteks negatif perkataan "sensitif".

Satu hal lagi yg boleh disentuh ialah forum seperti ini adalah kaedah yg tidak begitu "accurate" dalam mengenali keperibadian sebenar orang yg mengemukakan pendapat. Sometimes tujuan baik dalam hati kita apabila keluar dari mulut atau pena menjadi sebaliknya pula. Mungkin keterbatasan kebolehan berkomunikasi sedikit-sebanyak menjadi penyebabnya. Pengenalan sebenar hanya boleh terhasil apabila kita terlibat bekerjasama secara "direct" dalam sesebuah aktiviti di mana akan ada masa2 bila pendapat2 atau pendekatan2 kita akan "clash". Pada ketika itulah akan terlihat sifat sebenar kita dalam menangani situasi samada kita menyumbang kearah yg positif atau sebaliknya. Memang semua orang mau ideanya dihargai tapi tidak semua idea-idea dapat dibuat serentak. Itulah realiti kehidupan.

Alright bro, seperti kata EAGLE, kalau ada lagi idea2 best marilah kita terus berforum.
Thanks & GBU.


__________________
eagle

Date:
Permalink   

Setuju bob! mari terus berforum.

__________________
gidong

Date:
Permalink   

Syabas eagle dan Bob, saya setuju dgn anda berdua dlm hal ini hahahahahhahah, tetapi macam berpakat saja kamu ni .... (J.joke )

Boleh saya nyatakan begini :

Fesyen bukanlah satu DOSA tetapi satu PILIHAN, so GO FREE WITH UR FASHION !!! ( ada yg marah ni )

see ya ....

__________________
Lys

Date:
RE: Penampilan yang sesuai didalam dan diluar mimb
Permalink   


gidong:
__________________________________________________
Boleh saya nyatakan begini :

Fesyen bukanlah satu DOSA tetapi satu PILIHAN, so GO FREE WITH UR FASHION !!! ( ada yg marah ni )
___________________________________________________

memang betul '
Fesyen bukanlah satu DOSA tetapi satu PILIHAN'

kenapa Gidong kata 'ada yang marah'



__________________


Status: Offline
Posts: 70
Date:
RE: Penampilan yang sesuai didalam dan diluar mimbar
Permalink   


hi Lys, LYS : __________________________________________________ memang betul ' Fesyen bukanlah satu DOSA tetapi satu PILIHAN' kenapa Gidong kata 'ada yang marah' __________________________________________________ Saya katakan demikian sebab, pandangan org lain mungkin LAIN dari pandangan kita so, mesti dorang marah nanti, dalam hati lah bah, bukannya "face 2 face" dgn kita .... saya pasti masih ada yg "tegar" mengambil kesimpulan dlm penampilan dan fesyen juga berkait rapat dgn DOSA ...

__________________
Lys

Date:
RE: Penampilan yang sesuai didalam dan diluar mimb
Permalink   


oo..tidak apa ba..bukan marah tu,mungkin tersinggung..tapi Pdt Yusuf Roni bilang,bersyukurlah kalau tersinggung sebab hati masih boleh dibentuk Roh Kudus..bukan tujuan forum ni mo buat orang rasa bersalah dan terkutuk..tapi kita saling bagi pendapat dan pandangan yang memberkati orang lain..

macam Bob katakan,bukan senang mo senangkan hati semua orang kan?bagi sia,yang lebih penting,biar kita menyenangkan hati Tuhan dulu..baru orang lain..

bah,keluar tajuk dah sia ni..apapun,thank u sebab menjawab soalan sia aa..

God bless all of you..

Lys

__________________
fanatik

Date:
RE: Penampilan yang sesuai didalam dan diluar mimbar
Permalink   


cool bah nampak orang yang tau berfesyen. yang mau kuno tu suka dia lah.....kalau amoi pandai pilih baju tatap naik saham. sia tidak tau apa lelaki yng tidak tertarik dengn amoi yng updated feshen.

__________________
Anonymous

Date:
Permalink   

saya mau tanya..saya ada sorang kawan..dia worship leader,dan setiap kali dia melayani dalam pujian ..dia kena tegur .baju dia xda sesuai sebab pakai tsirt,kasut biasa dan seluar panjang..dia berpakaian begitu sebab dia xda mampu membeli blazer,kasut cantik dan baju yg sesuai sebab dia ada masalah kewangan..sehingga apabila dia selalu ditegur dan kena komplain..dia berhenti melayani hanya gara2 baju yg sesuai..macamana lh tu begitu...adakh baju tu mesti pakai baju yg terbaik semasa di pelayanan mimbar ..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard