Post Info TOPIC: Pelayanan 5-Jabatan & Gereja Rumah
Bob

Date:
Pelayanan 5-Jabatan & Gereja Rumah
Permalink   


WOW! WOW! WOW!!!!
Kepada semua yg ada menghadiri seminar di atas di SIB PMC Putatan, pasti ramai yg masih pening2 tentang kebenaran2 luarbiasa yg telah diungkapkan.
Beberapa highlights yg explosive:
1) Tanpa pelayanan 5-Jabatan gereja tidak akan pernah mencapai kedewasaan yg Tuhan inginkan.
2) Pelayanan 5-Jabatan hanya boleh dihidupkan dalam "cara" bergereja di Kisah Para Rasul.
3) Struktur gereja denominasi tidak mungkin dapat membuatkan pelayanan 5-Jabatan itu berlaku kerana struktur ini adalah struktur dunia yg mempunyai sistem hirarki (bertingkat-tingkat piramid, ada "boss-boss" rohani).
4) Cara bergereja di Kisah Para Rasul adalah bersifat organisma dan bukan organisasi. Hubungan antara orang percaya ialah seperti hubungan dalam sebuah keluarga yg sihat dan bukannya hubungan antara boss dan pekerja-pekerjanya. Hubungan keluarga yg sihat hanya boleh terjadi di rumah (Gereja Rumah).
5) 3R - Redefine, Restructure & Reposition.
6) Hanya ada 2 pilihan: Berubah semuanya atau jangan berubah langsung. Kalau atas pagar kerosakan akan lebih parah.
Okay itu saja untuk kali ini. Apa komen anda?
 

__________________
gidong

Date:
Permalink   

Thanks bob atas Penerangan tentang Pelayanan 5 jabatan ... lanjutkan sampai org lain FAHAM ...

__________________
procorus

Date:
Permalink   

Kita harus mendoakan 'boss-boss rohani' kita..


Inilah komen yg ikhlas dari saya..


hehe..



__________________
adik fanatik

Date:
Permalink   

ada masalah kah dgn bos bois rohani kamu disan pro???

__________________
moore

Date:
Permalink   

Hi bob,


semuanya itu betul sekali! Ada di dlm Firman Efesus 4:9-16. Apa yg betul di depan mata Tuhan harus kita lakukan.


Mengenai pilihan, saya rasa kita ada hanya 1 pilihan shj, iaitu melakukannya sesuai dgn Firman. Kerana jika tidak, kita akan berdosa-the sin of disobedience, tdk menuruti Firman.


Masalahnya ialah tdk ramai yg mahu berubah dan melakukan sesuai dgn Firman ini, 5 Jabatan dan gereja rumah. Maka blh dikatakan seminar ini akan menjadi sia-sia kerana ia hanya akan menjadi teori dan topik perbualan dan tdk menjadi kenyataan.


Firman mengatakan iman tanpa perbuatan adalah mati dan "sebab pendurhakaan adalah sama spt dosa bertenung (witchcraft) dan kedegilan adalah sama spt menyembah berhala dan terafim."( 1 Samuel 15:23)


Kita harus berdoa dan mengongsikan Firman ini dgn lebih usaha supaya gereja Tuhan akan kembali kpd dasarnya, iaitu Firman Tuhan.


God Bless


 



__________________
Bob

Date:
Permalink   

Walaupun sudah 8 bulan berlalu namun sesiapa yang berminat tentang topik ini sentiasa dialu-alukan. Pendapat Moore memang betul. Kita harus kembali kepada firman Tuhan. Pelajaran tentang 5-Jabatan dan Gereja Rumah itu adalah pembuka mata kepada perbezaan cara bergereja masa kini dengan cara bergereja abad pertama. Persoalannya ialah apakah perbezaan cara bergereja itu ada peranannya untuk menjelaskan sebab2 kelemahan gereja2 pada masa kini meskipun penyeksaan pada masa kini tidak sedahsyat pada ketika abad pertama. Kalau Moore sering menghadiri pertemuan2 KKR pasti Moore tahu bahawa hampir semua pertemuan berbicara mengenai nubuatan-nubuatan kebangunan rohani yang akan melanda negeri Sabah, Malaysia dan Asia Tenggara. Cuma bagaimanakah sebuah gereja lokal dapat menangkap bahagiannya dalam nubuatan itu. Mungkin Moore boleh mengkongsikan sesuatu? Atau ada cadangan konkrit yang lain?


 



__________________
moore

Date:
Permalink   

HI Bob,


Mengenai nubuat- nubuat kebangunan rohani, perkara ini memang akan menjadi kenyataan. Cuma kalau kita ingin mengetahui bagaimana gereja lokal dpt menangkap (saya AMAT suka perkataan menangkap ini) bahagiannya dalam kebangunan rohani, harus kita lihat mengapa kebangunan rohani HARUS berlaku.


Yang utamanya, kebangunan rohani itu perlu kerana telah berlakunya KERUNTUHAN ROHANI, kerana orang Kristen itu mula meninggalkan Kasih Pertamanya, Yesus (Wahyu 2:4-5).Di waktu KERUNTUHAN ROHANI berlaku, KEBANGUNAN KEDAGINGAN sedang berlaku. Kehendak daging menjadi prioriti dan Firman Tuhan (iaitu Yesus-Dialah Firman Yohanes 1:1-4) tidak lagi menjadi panduan kehidupan seharian. Org Kristen mula cuba mengisi kekosongan jiwanya (akibat tidak berpandukan Firman dan Roh Yesus) dgn berbagai akitiviti, program bahkan hiburan. Minta maaf pak- tapi inilah kebenaran. Dlm Mat 4:4 dikatakan oleh Yesus sendiri bahawa 'manusia bukan hidup dari roti sahaja, tetapi dari setiap Firman yang keluar dari mulut Allah'.


Hasil dari ini, sebuah gereja lokal harus bertobat (wahyu 2:5) kerana tidak bersandarkan Firman Tuhan dan tidak mendengar apa yang dikatakan Roh kpd jemaat- jemaat (Wahyu 2:7) Untuk mendengar apa yg dikatakan Roh, kita harus dibaptis dlm Roh (Kisah Para Rasul 19:2-6) (Mat 3:11) (oleh gembala, nabi, rasul ataupun pengajar Firman-mereka ini harus beroperasi berdasarkan Roh Kudus ) dan harus dipenuhi Roh Kudus setiap hari.Kalau mahu dipenuhi, minta saja dari Tuhan (Mat 7:7-11) dan mulalah berdoa dalam bahasa Roh utk mengenali hikmat dan kehendak Tuhan (1 Kor 2:9-15)  


Secara ringkasnya, kebangunan rohani itu bermaksud kembali kepada Tuhan dan FirmanNya dan meninggalkan semua perbuatan-perbuatan dosa. Apa yang menyenangkan Tuhan, itu yang dibuat. Perkara perkara seperti membantu yang lemah dalam iman dan menyelamatkan org yg keraguan (Yudas 1:22-23), mengasihi Tuhan dgn segenapnya serta mengasihi sesama manusia (Mat 22:34-40) inilah pekerjaan yang asal bagi gereja, termasuk mengajar Firman seperti yg ditekankan Paulus dlm buku 1Tim dan 2 Tim. Mengajar Firman itu amat penting (bukan shj knotbah-preaching) kerana dgn mengajar iman itu dibina Roma (10:17)  


Tetapi yg lebih penting lagi adalah pelayanan Roh Kudus (Kisah Para Rasul 2:17-21)Firman Tuhan dan pelayanan Roh Kudus harus berjalan serentak supaya apabila Firman dibicarakan, kuasa Tuhan itu ada sbg buktinya. Cth, nubuat, penyembuhan, word of wisdom, knwledge.. 


Yg nyata, kebangunan rohani itu bukannya suatu KEBAKTIAN atau ORGANISED EVENT/PROGRAM dimana ramai org hadir tetapi melainkan suatu PERUBAHAN HATI kepada Tuhan. Ia tdk mempunyai karakteristik program. Ini tdk dpt dilihat kerana ia dalam roh tetapi boleh dikesan dengan PERUBAHAN karakter seseorang itu dari segi PERCAKAPAN (Mat 15:16-20)-tdk lagi bercakap yg menajiskan dan PERBUATAN (Mat 7:15-20) berubah sesuai dgn Buah Roh (Galatia 5:22-23).    


Saya harap ramai yang blh memahami perkara ini.


Thank you and God Bless


 


 


 



__________________
Bob

Date:
Permalink   

Terima kasih atas pendapat moore. Ianya memberi sebab yang kuat kenapa KR itu harus berlaku dan pandangan tentang apakah itu KR yang sebenarnya.


Persoalan selanjutnya ialah apakah keadaan orang-orang percaya di negeri Sabah amnya dan kota KK khasnya ini sudah di tahap kritikal dan benar-benar memerlukan KR? Apakah alasan untuk berkata demikian? Apakah pandangan dan pendirian kepimpinan-kepimpinan semua denominasi gereja? Apakah ada keselarasan dalam pandangan serta "sense of urgency" tentang perlunya KR ini? Di samping pengajaran dari mimbar dan seminar yang berbentuk teori, apakah ada tindakan praktikal untuk mengguna-pakai serta menguji "trial and error" semua rumusan teori untuk menjadikan KR ini suatu realiti?


Secara anggaran statistik, berapa peratuskah anggota sesebuah gereja yang tahu karunia-karunia Rohnya dan yang sudah menggunakannya dalam komunitas kristennya? Apakah pengajaran tentang karunia Roh ini sudah cukup untuk dimengerti pada tahap ianya siap sedia untuk dipraktikkan? Atau adakah ianya masih berbentuk pelajaran akademik rohani?


Kita secara sedar atau tidak sebenarnya banyak bercakap tentang kebenaran dalam bentuk teori. Ini adalah normal sebagai langkah pertama. Tetapi cabaran yang lebih besar dan lebih penting ialah bagaimana teori itu dapat menjadi suatu yang benar-benar dilakukan dalam setiap detik kehidupan? moore ada menyentuh tentang KR sebagai perubahan hati kepada Tuhan dan bukannya kebaktian atau organised event/program. Saya bersetuju. Persoalannya ialah apakah sebenarnya "perubahan hati" itu?


Secara peribadi saya mencadangkan bahawa pengertian tentang "perubahan hati" harus sebati bahkan tidak boleh dipisahkan dengan "lifestyle" seseorang. Maksudnya "perubahan hati" itu bukan sekadar "kata-kata", "pidato", "lipservice", "retorik" atau "khotbah". Bila seseorang berbicara tentang KR dia harus bersedia meletakkan "lifestyle" dirinya sendiri "on the line" untuk dinilai oleh orang percaya dan yang bukan percaya. Kalau berbicara tentang karunia Roh, seharusnya yang berbicara sudah mengenali karunianya dan sedang menggunakannya untuk menolong dan menguatkan tubuh Kristus. Kalau berbicara tentang tubuh Kristus seharusnya yang berbicara sudah mempunyai komunitas kristen di mana ada hubungan intim dengan orang-orang percaya sedang terjalin. "Intim" bererti sudah boleh mengkongsikan rahsia-rahsia peribadi yang dalam untuk tujuan "accountability" dan "integrity". Tidak ada lagi rahsia-rahsia atau dosa-dosa masa lampau yang belum diakui sehingga boleh dimanipulasi oleh iblis dan kerajaan gelap. Tidak ada lagi hubungan-hubungan dosa yang belum diakui dan dibereskan. Tidak ada lagi ikatan-ikatan kegelapan yang belum diselesaikan. Kalau berbicara tentang "Misi" yang berbicara itu harus mengerti bahawa misinya ialah untuk hidup dengan nilai-nilai Kristus dan bersedia untuk membagikan kebenaran keselamatan pada bila-bila masa sekalipun dan menjadikan orang yang baru percaya itu sebahagian komunitas kristennya.


Jadi skarang sekiranya kita bersetuju tentang cadangan itu, apakah langkah-langkah untuk bergerak kearah itu? Segala komen dialu-alukan......


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard